SEREMBAN: Seorang rakyat Malaysia masih lagi hilang dalam kejadian bencana banjir dan tanah runtuh di Indonesia. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara keseluruhannya seramai tujuh orang rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat bencana itu yang melanda beberapa wilayah termasuk Aceh dan Sumatera Barat. “Setakat semalam, seramai tujuh rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat bencana berkenaan, dengan seorang masih dilaporkan hilang manakala enam yang lain telah pulang ke tanah…










