Semua bilik darjah dilengkapi AI menjelang 2030

Semua bilik darjah dilengkapi AI menjelang 2030

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Malaysia akan mempunyai bilik darjah yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030, bagi memperkasa murid dan membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bilik darjah dikuasai AI sudah pun diperkenalkan dan dilaksanakan secara berfasa iaitu program rintis dilaksanakan di 27 sekolah pada tahun ini.

Kata beliau, ia akan diperluaskan kepada 260 buah sekolah pada tahun depan dan ke semua sekolah secara berperingkat menjelang 2030.

“Inisiatif ini bertujuan memperkasa murid melalui pembelajaran adaptif dan menyokong guru melalui automasi tugasan serta analitik pembelajaran.

“Kejayaan pelaksanaan ini juga disokong kerjasama strategik dengan 24 syarikat teknologi utama seperti Google, Microsoft, Apple, Intel, Huawei, Samsung dan MDEC. Ini juga untuk memastikan jurang dan kesenjangan anak murid kita dapat kita atasi,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr. Jufitri Joha yang memintanya status pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Pendidikan, khususnya dalam aspek penyediaan capaian internet berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menyedari bahawa penyediaan peralatan sistem teknologi maklumat (ICT) dan infrastuktur yang sesuai amat penting untuk menjayakan agenda tersebut.

Katanya, oleh itu antara keutamaan dalam kurikulum 2027 adalah memberikan tumpuan kepada pembelajaran digital.

“Begitu juga dengan peranan Yayasan Didik Negara (YDN) yang telah memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan digital dalam pendidikan dengan membekalkan peranti digital, papan pintar, dan kemudahan internet kepada murid.

“Ini terutama di luar bandar dan Orang Asli, untuk merapatkan jurang digital, memudahkan pembelajaran dalam talian, dan menyokong guru dengan sumber interaktif, memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN