KUALA LUMPUR: Perdana Menteri sudah mempunyai senarai nama yang bakal mengisi kekosongan empat jawatan menteri. Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih meneliti proses tersebut dan tidak mahu terburu-buru mengumumkan rombakan Kabinet. Beliau juga terbuka untuk mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk ketua-ketua parti sebelum membuat keputusan muktamad. “Saya sedang memikirkan mengenai rombakan itu tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa. “Walaupun keputusan ini adalah prerogatif saya, saya berterima kasih dan menghargai…










