Saya, anak dan isteri tidak pernah kacau orang - Aaron Aziz buru dalang komen biadap - Utusan Malaysia

Saya, anak dan isteri tidak pernah kacau orang – Aaron Aziz buru dalang komen biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Biadap dan kurang ajar.”

Demikian kenyataan pelakon, Datuk Aaron Aziz, mengenai komen melampau seorang pengguna Facebook.

Berang dengan tindakan individu berkenaan, Aaron meminta kerjasama netizen agar tampil berkongsi maklumat mengenai identiti pelaku.

“Boleh tak sesiapa yang kenal ‘haram jadah’ ini? Biadap dan kurang ajar!

“Saya, anak dan isteri tidak pernah kacau orang. Tapi orang masih suka cari masalah. Lepas itu, buat video minta maaf,” tulisnya di Instagram (IG).

Pelakon filem Banduan itu, menerusi hantaran sama mendedahkan komen dangkal pengguna terbabit yang antara lain menyarankan Aaron meninggalkan Malaysia.

Perkongsian Aaron itu menerima pelbagai reaksi netizen antaranya menasihatkan beliau segera membuat laporan polis.

“Lapor polis sahaja abang, sebab polis boleh kesan pemilik akaun itu,” saran seorang netizen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN