PETALING JAYA: Keamanan yang berkekalan di Yaman hanya dapat direalisasikan melalui rundingan konstruktif, pendamaian menyeluruh antara semua pihak serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa. Kementerian Luar berkata, Malaysia memuji usaha berterusan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dalam meredakan ketegangan di Yaman dan menggalakkan semua pihak serantau dan antarabangsa untuk menyokong inisiatif yang menegakkan kedaulatan, integriti wilayah serta kemerdekaan negara tersebut. “Malaysia turut mengulangi sokongan penuh terhadap Majlis Kepimpinan Presiden (Presidential…










