PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelaksanaan Publisiti Awal Cadangan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) (Penggantian) dalam usaha membangunkan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan, progresif dan berdaya huni. Datuk Bandarnya, Datuk Mohamad Zahri Samingon berkata, MBPJ telah memulakan penyediaan Draf RTPJ (Penggantian) sejak 11 Jun lalu, dengan keseluruhan proses dijangka siap sehingga pewartaan pada 10 November 2026. “Dokumen baharu ini akan menggabungkan RTPJ 1 dan 2…









