180 pengamal media sertai pertandingan boling anjuran MBPJ

180 pengamal media sertai pertandingan boling anjuran MBPJ

PENGAMAL media dan kakitangan MBPJ bergambar sebelum pertandingan boling bermula di di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid Mall, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 180 pengamal media dan kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyertai pertandingan boling yang bertemakan ‘Santai Boling MBPJ Bersama Media 2024’, semalam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, penganjuran acara itu bertujuan untuk menjalin dan mengukuhkan hubungan baik antara pihak MBPJ dan para pengamal media.

Katanya, aktiviti yang diadakan bukan sahaja memperlihatkan semangat kesukanan namun ia turut mencerminkan komitmen MBPJ untuk terus berhubung rapat dengan semua pihak termasuk media.

“Penyertaan aktif dari kalangan media menerusi acara ini mencerminkan sokongan mereka yang berterusan kepada MBPJ.

“Melalui acara seperti ini, diharapkan hubungan yang terjalin akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan Petaling Jaya sebagai bandar
yang maju dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan.

Program berkenaan diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun Perisytiharan Bandaraya Petaling Jaya ke-18 yang bakal berlangsung 20 Jun hadapan.

Dalam pada itu, Mohamad Zahri turut menekankan betapa pentingnya peranan media dalam menyebarluaskan berita dan maklumat tepat mengenai MBPJ.

“Terima kasih kepada pengamal media yang telah banyak membantu dalam menyebarluaskan setiap inisiatif dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN