PETALING JAYA: Pas mengkritik pengumuman rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rombakan itu gagal menunaikan janji reformasi yang pernah dilaungkan Perdana Menteri. Menurutnya, pengumuman itu seolah-olah mengesahkan bahawa jawatan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan kekal. “Kabinet baharu akhirnya diumumkan. Perdana Menteri masih memegang jawatan Menteri Kewangan. “Janji penting ‘reformasi’ akhirnya dikuburkan secara rasmi. Takziah,” katanya menerusi satu kenyataan. Terdahulu,…










