Ribut petir, hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga 4 petang ini

Ribut petir, hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga 4 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, kawasan yang diramal terjejas melibatkan Kuala Lumpur; Putrajaya; Perlis (seluruh negeri); Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Katanya, cuaca sama dijangka melanda negeri Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Jempol serta Tampin.

“Keadaan sama turut diramal berlaku di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sementara di Sarawak melibatkan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Bintulu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, sama ada hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Jelasnya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN