JEMPOL: Seorang remaja dan seorang kanak-kanak maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Taman Musytari di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, motosikal itu ditunggang seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bersama dua pembonceng masing-masing berusia 10 dan 13 tahun. Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Taman…










