SEREMBAN: Tiga buah lagu berunsur ketuhanan oleh penyanyi, Ramli Sarip bergema di Auditorium Raja Melewar, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri di sini, semalam. Ia bersempena program Malam Teromba, Puisi dan Lagu Puisi bertemakan Citra Puitis Bicara Ilahi anjuran Kelab Teater Asar Negeri Sembilan (ASAR) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; JKKN dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Ramli menyampaikan lagu tersebut pada kemuncak acara yang mendapat…










