Cik Bunga dapat banyak cerita daripada orang belakang tabir yang selalu bekerja rapat dengan MK. Sejak dia berkahwin, ramai kata perangai dan pembawaannya memang berubah ke arah yang lebih baik.
Bukanlah hendak bandingkan dengan dulu atau hendak cakap dia pernah nakal, cuma perubahan positif itu memang jelas dan senang dilihat.
Antara perkara yang paling kerap disebut adalah disiplin MK bila tiba waktu solat. Setiap kali azan berkumandang, dia terus berhenti apa yang sedang dibuat dan cepat-cepat tanya lokasi surau.
Kalau di set penggambaran atau set produksi, kru sendiri sudah terbiasa, bila azan saja, MK akan bangun dulu. Tidak tunggu orang lain, tidak berlengah. Dia ambil wuduk dan terus ke surau atau tempat solat yang ada.
Ada juga beberapa orang surau yang berkongsi pengalaman terserempak dengan MK. Mereka cerita yang MK datang dengan sederhana, tidak buat bising, tidak minta layanan istimewa. Datang solat macam jemaah biasa. Kata mereka, ‘sejuk mata memandang’. Ramai yang terkejut dengan perubahan ini, tapi pada masa sama bangga melihat dia membawa diri begitu.
Sebagai suami dan sekarang bergelar bapa, MK nampaknya lebih menjaga tanggungjawab dan peribadi. Orang sekeliling pun perasan dia lebih fokus, lebih tenang, dan lebih tertib. Walaupun dia masih aktif dalam dunia hiburan, gaya hidupnya jelas berubah.
Cik Bunga yang mendengar khabar ini pun tumpang rasa sejuk hati. Betullah itu MK sekarang memang lain. Lebih baik, lebih matang, dan lebih jaga hal-hal wajib.
Perubahan itu bagi Cik Bunga bukan dibuat-buat, sebab ramai yang melihatnya sendiri. Dan itu cukup untuk menunjukkan siapa MK hari ini. Betul tak?










