Raja Perlis berangkat ke Majlis Makan Malam OFAKLS 2025

Raja Perlis berangkat ke Majlis Makan Malam OFAKLS 2025

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Tengku FauziahAlmarhum Tengku Abdul Rashid menerima cendera kenangan berupa sebuah lukisan yang dipersembahkan Ivan Ooi pada majlis makan malam OFAKLS 20255 di ibu negara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenaan berangkat ke Majlis Makan Malam Old Frees Association Kuala Lumpur and Selangor (OFAKLS) 2025 di sini semalam.

Keberangkatan baginda ke majlis bersempena dengan ulang tahun Penang Free School (PFS) Ke-209 itu diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan disambut oleh Presiden OFAKLS, Ivan Ooi Jieun Vei.

Ivan Ooi berkata, majlis itu merupakan satu sambutan terhadap warisan bersama, pencapaian bekas pelajar dan sekolah serta ikatan silaturahim yang menghubungkan generasi-generasi bekas pelajar dengan PFS.

“Tiga generasi Diraja Jamalullail Perlis pernah bersekolah di PFS iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Waris Yang Kedua Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail juga pernah menjalani program pertukaran pelajar di sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara tersohor berkenaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad.

Majlis itu di akhiri dengan Pelancaran Kiraan Detik Sambutan Ulang Tahun Ke-210 Penang Free School oleh Tuanku Syed Sirajuddin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN