KUALA TERENGGANU: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPK) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, Johor dijangka siap bulan depan untuk menerima kemasukan mangsa banjir jika bencana itu melanda. Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Banjir) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),Hussain Moh berkata, ia adalah salah satu daripada 15 PPK dibina agensi itu bagi kemudahan mangsa banjir di seluruh negara. Katanya, PPK SK Banggol Peradong, Manir di sini pula dijangka siap Julai tahun depan.…










