GOMBAK: Kasih sayang terhadap haiwan perlu dipupuk sejak kecil bagi membentuk masyarakat yang berperikemanusiaan, ihsan dan penyayang, titah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda berkongsi pengalaman membesar dikelilingi pelbagai haiwan yang membentuk rasa empati dan tanggungjawab terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan. “Sejak kecil, saya dibesarkan dalam rumah yang ibarat zoo. Semua binatang ada di rumah saya. Jadi saya dibesarkan bersama binatang dan diajar untuk menyayangi binatang serta…










