KUANTAN: Program penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) yang diperkenal kerajaan bagi mencegah penularan HIV dalam kalangan pasangan berisiko tinggi khususnya homoseksual dipersoal keberkesanannya apabila Malaysia terus merekodkan peningkatan kes baharu jangkitan tersebut. Mula dilaksanakan pada Januari 2023, PrEP adalah sebahagian strategi pencegahan HIV di bawah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan dengan kos pelaksanaannya mencecah RM1.07 juta sehingga Jun lalu. Dana bagi pembelian ubat PrEP ini disalurkan melalui Majlis AIDS Malaysia…










