PETALING JAYA: Satu sindiket yang menggunakan kereta mewah bagi membawa guni berisi dadah ditumpaskan dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 1 Disember lalu. Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sindiket tersebut aktif di sekitar Lembah Klang dan Perak. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah pasar raya di Petaling Jaya polis menemui puluhan guni dadah dalam sebuah Toyota Alphard serta dua Perodua Myvi. “Polis…










