KUALA LUMPUR: Polis menyiasat insiden sebuah treler membawa muatan helikopter di jalan awam sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu yang tular di TikTok pada pukul 8.06 malam tadi. Beliau berkata, kejadian itu berlaku di Kesas menghala ke susur arah Jalan Persiaran Kewajipan di…










