KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, sebagai langkah menghormati suasana politik semasa di Sabah. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam. “Kita ambil pendekatan berhemah. Keputusan ini mengambil kira realiti politik Sabah dan menghormati keadaan yang berlaku,”…










