KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa integriti dalam penguatkuasaan undang-undang kekal sebagai keutamaan dalam usaha mengekang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan melibatkan agensi penguatkuasaan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia terbukti apabila nilai rampasan lucut hak dan kutipan penalti mencecah RM15.5 bilion sekali gus rekod tertinggi dalam sejarah negara. Katanya, pencapaian itu membuktikan keupayaan agensi penguatkuasaan bertindak tegas terhadap ketirisan, rasuah dan penyeludupan sekali gus menolak dakwaan bahawa…










