KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan perjanjian yang ditandatangani oleh lapan buah sekolah rendah dan menengah dengan sekolah di China bukanlah merupakan perjanjian rasmi. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perjanjian yang dinyatakan itu bukan perjanjian rasmi dengan KPM. “KPM menegaskan bahawa sebarang kerjasama antara sekolah KPM dengan pihak luar mesti mendapat kelulusan rasmi KPM,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk…










