JERANTUT: Dua pelancong wanita dari Sepanyol tidak akan melupakan pengalaman mencemaskan apabila terpaksa menumpang sebuah lori untuk meredah jalan yang ditenggelami banjir berhampiran Simpang Paya Garok, Jerantut Feri di sini. Paula yang berasal dari Madrid bersama rakannya, Linda mengunjungi Taman Negara secara pengembara beg galas (backpakers) berkata, ketika tiba di Simpang Paya Garok, dia terkejut melihat banyak kenderaan berhenti di tepi jalan bagi melihat laluan yang ditenggelami air. “Selain laluan…










