Pemain pickleball maut selepas terjatuh ketika pungut bola

Pemain pickleball maut selepas terjatuh ketika pungut bola

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat sukan pickleball di Pudu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian pada pukul 9.43 malam (Selasa) berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun  yang sedang bermain pickleball cuba memungut bola yang terjatuh di luar gelanggang.
“Mangsa dipercayai cuba memanjat pagar bersebelahan gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah,” katanya dalam satu kenyataan .
Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), ujarnya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN