PETALING JAYA: Kenyataan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan keputusan mahkamah terhadap Titah Addendum disifatkan seolah-olah cuba mengelirukan tafsiran Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Muhammad Shafee dengan mudah mengabaikan perkataan penting dalam Perkara 42 iaitu perkataan ‘nasihat’ dan menggantikannya dengan istilah ‘berbincang’ seperti dinyatakan dalam sidang akhbar. Katanya, Mohammad Shafee sepatutnya bersikap adil memandangkan…










