SEPANG: Peguam kepada Albert Tei, Mahajoth Singh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan laporan yang dibuat oleh isteri ahli perniagaan itu, mengenai operasi pihak berkuasa baru-baru ini. Mahajoth hadir dengan ditemani peguam, Rajesh Nagarajan sekitar pukul 1.50 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira 30 minit kemudian. Menurut Mahajoth, dia menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara…










