KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku pertikaman lidah susulan pantun berbaur sindiran politik mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Insiden tercetus ketika Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) membacakan pantun berbau sindiran sebagai pembuka soalan yang dikemukakan kepada Menteri Pertahanan berhubung perancangan Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk melupuskan 20 buah kenderaan Lipan Bara buatan Chaiseri dari Thailand. “Hajiji jadi Ketua Menteri lagi, menang kerusi…










