MARANG: Sebanyak 44 individu termasuk dua etnik Rohingya dan 19 remaja bawah umur diberkas polis kerana merempit dan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam operasi di Kampung Gong Kekabu, Bukit Payung, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu menyasarkan lokasi mat rempit berkenaan berkumpul iaitu Jalan Kampung Gong Kekabu – Taman Safiah Murni, berhampiran Kampung Gong…










