KUALA LUMPUR: Kelemahan sistematik dan pengurusan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) meningkatkan risiko terhadap dana awam. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kelemahan itu merangkumi aspek perolehan, pelaksanaan projek, pengurusan hasil dan prestasi. Keadaan itu menyebabkan syarikat milik kerajaan gagal memberikan pulangan terhadap dana awam yang dilaburkan. Katanya, dapatan itu diperoleh melalui 157 prosiding dan 17 laporan yang dibentangkan…










