PETALING JAYA: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, Kajang masih belum ditemukan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki itu yang memasuki hari ketiga, diperluaskan sehingga 10 kilometer membabitkan dua zon pencarian hari ini. Katanya, operasi SAR hari ini bermula pukul 9.30 pagi tadi. “Operasi hari ini dipecahkan…










