PETALING JAYA: Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat yang mengurus dan menyelesaikan aduan awam melibatkan isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat. Ombudsman adalah badan bebas mengamalkan konsep tidak memihak dalam menguruskan aduan disalurkan orang awam terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang dipengerusikan olehnya…










