Najib tiba di mahkamah bagi keputusan skandal 1MDB

Najib tiba di mahkamah bagi keputusan skandal 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman di sini, pada pukul 8.25 pagi tadi.

Beliau menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi beberapa kenderaan lain memasuki pintu masuk bahagian belakang mahkamah.

Hari ini, skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan kejatuhan Najib sebagai Perdana Menteri akan diputuskan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang bersidang di Istana Kehakiman.

Sekiranya didapati bersalah, pihak pendakwaan boleh memohon agar hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan itu dijalankan secara berasingan dengan hukuman penjara yang sedang dijalani oleh Najib atas kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa pemimpin politik turut hadir bagi memberikan sokongan antaranya bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong selain anak sulungnya, Datuk Mohd. Nizar Najib.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kira-kira puluhan penyokong Najib juga dilihat mula berkumpul di luar pekarangan mahkamah seawal pukul 7 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN