KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili bekas Presiden UMNO itu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi media. Tambahnya, notis rayuan itu difailkan malam tadi. Pada 24 Disember lalu, Najib turut memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Titah Adendum yang membenarkannya menjalani baki hukuman…









