KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu dibebaskan serta merta sekiranya Mahkamah Tinggi pada Isnin ini memutuskan bahawa Titah Adendum sah dan boleh dilaksanakan. Titah Adendum berkait titah perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah selepas didapati bersalah atas penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42…









