PETALING JAYA: “Kami anggap ini satu tindakan yang berjiwa besar dan sangat dihormati..” Demikian reaksi Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berhubung perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Januari ini. Katanya, segala jasa dan khidmat bakti Presiden Bersatu itu tetap akan diingati terutamanya ketika negara dilanda wabak Covid-19. “Kami anggap ini (peletakan jawatan) satu tindakan yang berjiwa besar dan sangat dihormati. Segala…










