WALAUPUN sudah genap seminggu Melon Music Awards (MMA) berlangsung, kehangatan dan kehebatan majlis tersebut masih ‘merajai’ garis masa media sosial terutama TikTok. Asal scroll ke atas, video MMA.
Selain majlis perkahwinan dua pelakon hebat, Kim Woo-bin dan Shin Min-ah, persembahan, fesyen artis sepanjang anugerah MMA mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Kita senaraikan lima momen kelakar, manis dan panas sepanjang MMA!
EXO: OTAI MASIH BERBISA
Selepas lapan tahun menyepi daripada pentas MMA, EXO akhirnya membuat kemunculan semula yang mencetus kegilaan peminat terutama di media sosial. Walaupun berdepan masalah bunyi pada awal persembahan tetapi mereka tetap memberi persembahan hebat.

Malah, sebaik sahaja lagu-lagu ikonik seperti Monster dan The Eve mula bergema, satu stadium Gocheok Sky Dome Seoul, terus menggila dengan nyanyian peminat, malah nama EXO terus mendominasi carian di media sosial. Memang otai!
Humblebrag
Sebelum ke anugerah utama, G-Dragon naik ke pentas sebagai salah seorang penerima Anugerah Top 10. Dalam ucapan ringkasnya, dia dengan rendah diri sempat berharap agar dapat berkongsi penghormatan dengan artis-artis lain yang akan diumumkan selepas itu.
Apa yang buat peminat terhibur, di hujung acara G-Dragon rupa-rupanya menyapu bersih tiga daripada empat anugerah Daesang. Memang plot twist.
Reunion bekas kekasih?
Momen ‘romantis’ yang buat peminat tersenyum adalah apabila dua penyanyi popular, G-Dragon dan Jennie, yang pernah hangat dengan khabar angin bercinta suatu ketika dahulu, sama-sama menang anugerah Daesang pada malam yang sama.

Lebih mencuri perhatian, dua bekas artis YG itu berkongsi pentas sama sebagai pemenang utama yang disifatkan peminat sebagai satu kebetulan yang manis.
GD, The Goat
Ketika G-Dragon menyanyikan Crooked, dia turun ke kawasan penonton dan berinteraksi dengan idola lain. Detik paling mencuit hati apabila penyanyi, Zico dilihat seolah-olah ‘digraduasi’ oleh G-Dragon, membuatkan netizen terhibur.

Dalam masa sama, hampir semua idola bangun berdiri ketika persembahannya, mencipta momen seoreang legenda muzik yang disegani ala ‘the wave’ yang jarang dapat dilihat. Memang legenda habis!
MMA atau MAMA?

Seperti biasa, perbualan di media sosial turut diwarnai kekeliruan antara MMA (Melon Music Awards) dan MAMA (Mnet Asian Music Awards). Ramai berseloroh dan berdebat acara mana lebih ‘padu’ dari segi persembahan dan kerja kamera, menjadikan kedua-dua tanda pagar meriah sepanjang malam anugerah itu.










