Mindef tunggu laporan siasatan dakwaan gubah wang haram - Utusan Malaysia

Mindef tunggu laporan siasatan dakwaan gubah wang haram

Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai CheGuBard membuat laporan polis berhubung kes pengubahan wang haram di IPD Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan menunggu hasil siasatan rasmi berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram yang dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu dilakukan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut atau mengambil tindakan seterusnya, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Kementerian menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang akan dilaksana dan dijalankan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, tuduhan atau penghakiman sendiri sehingga siasatan selesai dan dapatan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat isu pengubahan wang haram melibatkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN