KUALA LUMPUR: MCA bersedia meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya gabungan itu terus menyokong dasar yang membebankan rakyat dan melemahkan kedudukannya. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, BN turut dianggotai UMNO, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berisiko untuk ditenggelamkan oleh dasar-dasar yang tidak popular kerajaan Persekutuan. Ka Siong juga mempersoalkan bagaimana kepimpinan BN boleh mempertahankan dasar tertentu sedangkan gabungan itu tidak dirunding selain polisi itu tidak…










