KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita tempatan ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium dekat, Jalan Ipoh di sini pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 11.37 pagi selepas dimaklumkan terdapat satu mayat terapung di sungai berkenaan. Kata beliau, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat, namun mayat wanita itu dipercayai dihanyutkan arus ke arah Sungai…









