Daripada rakyat untuk rakyat dan kepada rakyat. Jelas prinsip demokrasi itu memberi penekanan rakyat sebagai stake holders dalam pentadbiran kerajaan. Beberapa minggu kebelakangan ini, kita melalui fasa seakan-akan satu pesta demokrasi apabila berlaku pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke -17 yang menunjukkan kuasa kembali diserah kepada rakyat. Wakil rakyat yang diundi sudah diperoleh dan kerajaan demokrasi sudah pun ditubuh. Sepanjang kempen diadakan, pelbagai janji ditabur dan kini masa untuk menunaikannya.…










