Malaysia diiktiraf dunia, miskin tegar hampir dinoktahkan

Malaysia diiktiraf dunia, miskin tegar hampir dinoktahkan

ANWAR Ibrahim pada sesi townhall dalam Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kini diiktiraf dunia sebagai satu-satunya negara di dunia yang hampir menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar kemiskinan tegar di negara ini kini hanya tinggal 0.09 peratus hasil pelaksanaan dasar dan program berfokus rakyat.

“Kejayaan itu sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan negara.

“Malaysia diiktiraf di dunia sekarang daripada sudut kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar. Tidak (seperti) Amerika Syarikat, negara-negara Eropah yang masih tinggi jumlah rakyatnya terlantar di pinggir jalan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga yakin baki 0.09 peratus miskin tegar itu mampu diselesaikan sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan sekali gus menjadikan Malaysia bebas kemiskinan tegar sepenuhnya.

Anwar berkata, kadar yang dicapai itu hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Sementara itu, Anwar mengakui masih ada inisiatif baharu bagi manfaat rakyat tidak sampai kepada golongan sasar yang dikehendaki.

Katanya, susulan itu, kerajaan terpaksa berdepan perasaan tidak puas hati dan kemarahan rakyat pelbagai peringkat.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan melancarkan 167 inisiatif baharu bagi manfaat rakyat di seluruh negara namun ada kalanya ia tidak sampai kepada golongan sasar.

“Saya baru bincang dengan Datuk Seri Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan Datuk Seri Fadillah (Datuk Seri Fadillah Yusof) tadi. Saya dengar dalam forum tadi, Datuk Zahid kata ada 140 ikhtiar untuk inisiatif baharu.

Sebenarnya, kalau kita kira (ada) 167 inisiatif untuk rakyat, tetapi tidak sampai kadang-kadang kepada khalayak. Yang sampai itu hanya sampah dan sumpah dan maki hamun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN