PETALING JAYA: Anak syarikat SIRIM Berhad menjalinkan kerjasama dengan pihak China bagi melancarkan Program Pensijilan Produk Premium SIRIM-CVC. Pengurus Besar Kanan di Jabatan Pensijilan dan Pemeriksaan Produk SIRIM QAS, Fauziah Fadzil berkata, jalinan bersama dengan China National Electric Apparatus Research Institute Co., Ltd. (CEI) itu memberi pengiktirafan bersama serantau bagi pensijilan kualiti bertaraf tinggi antara kedua-dua negara, sekali gus menyuntik momentum baharu dalam pemudahcara perdagangan merentasi rantau RCEP. Katanya, bagi…










