Malaysia-China bincang lanjut pengecualian visa hari ini

Malaysia-China bincang lanjut pengecualian visa hari ini

Malaysia meminta China melanjutkan tempoh tinggal tanpa visa bagi rakyat negara ini yang melawat republik itu dari 15 kepada 30 hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Cadangan melanjutkan tempoh pengecualian visa bagi rakyat Malaysia di China akan dibincangkan dalam pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertemuan itu membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ke­selamatan Awam China, Wang Xiaohong.
“Sebelum ini, Malaysia meminta China melanjutkan tempoh tinggal tanpa visa bagi rakyat negara ini yang melawat republik itu dari 15 kepada 30 hari.

“Kami akan bangkitkan per­kara ini semula pada mesyua­rat itu,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu.

Saifuddin dalam masa yang sama turut berkata, Malaysia sebelum ini telah bersetuju untuk melanjutkan kemudahan pengecualian visa sehingga akhir 2026, sekali gus berharap China akan turut mempertimbangkan perkara itu.

“Walaupun tiada keputusan dibuat, saya dimaklumkan perbincangan di peringkat pegawai menunjukkan reaksi positif,” katanya.

Semasa lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia Jun lalu, China setuju melanjutkan kemudahan pengecualian visa untuk warga Malaysia sehingga akhir 2025 manakala Malaysia melanjutkan pengecualian visa untuk warga China sehingga akhir 2026.

Malaysia memberi penge­cualian visa 30 hari untuk warga China dan India yang melawat negara ini melalui Pelan Libera­lisasi Visa, yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN