PETALING JAYA: Malaysia mencadangkan penubuhan ASEAN Rural Development and Innovation Council (ARDIC) bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan luar bandar di Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ARDIC bakal menjadi platform tetap untuk menyelaras dasar, berkongsi inovasi serta memperkukuh pembangunan luar bandar secara kolektif dalam kalangan 11 negara ASEAN. Katanya, pelan tersebut dijangka menjadi pemangkin penting dalam memperkasa pertukaran teknologi, amalan terbaik dan kepakaran…










