KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM1.037 bilion dana zakat setakat November ini kepada golongan memerlukan. Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, dana itu dibelanjakan menerusi enam kluster utama beserta program dan inisiatif bagi menyantuni asnaf. “Untuk rekod, sebanyak RM1.037 bilion dana zakat dibelanjakan menerusi enam kluster utama beserta program dan inisiatif bagi menyantuni asnaf memerlukan,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra…









