Mahu kahwin tetapi kekasih suami orang - Utusan Malaysia

Mahu kahwin tetapi kekasih suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga ada dengar mengenai kisah seorang artis ini yang semakin hangat dibualkan dalam kalangan orang industri. Khabarnya, dia yang merupakan seorang penyanyi wanita benar-benar mahu mendirikan rumah tangga. Namun, hasrat itu tergantung apabila lelaki yang ingin dikahwininya sebenarnya suami orang.

Menurut sumber rapat, hubungan mereka sudah berlangsung agak lama. Si penyanyi percaya lelaki itu ikhlas kerana dia selalu menunjukkan perhatian dan sokongan, seolah-olah hubungan itu sudah lama dirancang untuk menuju ke arah perkahwinan.

Tetapi masalahnya, isteri lelaki itu langsung tidak tahu apa-apa, malah dia dan si artis itu juga berkawan baik. Mereka sering berjumpa di majlis industri dan tidak pernah timbul sebarang curiga daripada pihak isteri.
Lelaki tersebut pula dikatakan kerap memberi janji manis, kononnya dia akan tetap mengahwini penyanyi itu tidak kira apa yang berlaku.

Namun sehingga sekarang, dia masih belum berterus terang dengan isterinya dan belum pernah membawa isu itu berbincang secara serius di rumah. Janji tinggal janji, kata orang.

Sebagai wanita, penyanyi itu pula semakin bimbang. Dia mula mempersoalkan kesungguhan lelaki itu.

Katanya, kalau isteri pertama tidak setuju, takkanlah mereka sampai perlu berkahwin di sempadan Thailand, sesuatu yang dia langsung tidak sanggup lakukan. Dia mahu perkahwinan yang sah, terbuka, dan diberkati keluarga, bukan pernikahan tergesa-gesa di tempat asing hanya untuk menutup rahsia.

Sekarang ini, Cik Bunga tidak tahu sama ada mereka ini jadi atau tidak berkahwin. Hubungan masih lagi berterusan, mahu mengundur diri, agaknya cinta dan sayang sudah terlalu erat di hati.

Cik Bunga hanya mampu berkata, dalam hal begini, kalau janji tidak berani ditunaikan, jangan biarkan orang yang kita sayang menunggu dan terus kekal sebagai kekasih gelap. Tidak baik begitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN