Mahu berpisah bukan kerana wang - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Mahu berpisah bukan kerana wang – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose, menepis tuduhan yang kononnya ingin bersuami kaya menjadi punca dia menuntut cerai terhadap suami, Kamal Adli.

Malah tegas Uqasha, dia juga bekerja keras, menerima pelbagai tawaran lakonan dan mempromosikan produk untuk membantu Kamal menyara keluarga.

“Ada beberapa perkara saya nak betulkan, iaitu tentang ‘saya nak orang kaya’?

“Jadi awak semua yang menilai dia tak kaya ke? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit, demi Allah dan demi anak saya Hawra Uqaira, Wallahi saya berkerja sewaktu saya hamil.

“Drama terakhir saya buat sebelum perut saya dah mula nampak, saya berhenti dan menjaga kandungan.
Semasa mengandung, Alhamdulillah saya ditawarkan jadi beberapa duta. Dalam erti kata lain, saya masih berkerja.

“Tak semuanya pahit dan indah, tapi ada beberapa kejadian membuatkan saya berfikir lama,” tulisnya.

Prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Khamis lalu gagal apabila Kamal enggan melafazkan cerai.

Justeru mahkamah menetapkan 12 Januari 2026 sebagai tarikh bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.

Uqasha dalam perkongsian sama memaklumkan punya alasan kukuh untuk menuntut cerai.

“Saya sudah tak tahu apa lagi nak buat atau buktikan, semua sudah buat.

“Tapi ini tentang masa depan saya dan saya yang nak berpisah dengan Kamal atas sebab yang hanya saya sahaja tahu dan lalui. Tidak ada sebuah rumah tagga pun yang tidak ada ujian, pastinya ada naik dan turun.

“Apa yang dilalui hanya saya sahaja tahu dan Allah Maha Mengerahui. Allah tak pernah tidur. Andai kata saya buat keputusan untuk berpisah pasti ada sebab yang cukup kuat,” tulisnya lagi. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN