‘Maaf, sudah tidak kawan’ - Utusan Malaysia

‘Maaf, sudah tidak kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN dunia muzik Korea Selatan penuh warna-warni dan diminati sepelosok global, namun mereka juga tidak dapat lari daripada kontroversi pertelingkahan dalam kalangan penggiatnya.

Ada yang bergaduh sesama artis, ada yang bergaduh dengan pengurusan sendiri dan paling mendapat perhatian, bergaduh dengan peminat.

Namun itulah hakikat dunia seni. Di mana-mana sahaja, pasti ada kisah sensasi melibatkan perseteruan dua pihak. Ayuh, kita senaraikan lima skandal sensasi K-Pop!

MINA AOA vs JIMIN AOA

‘Tragedi’ pergaduhan ini dianggap antara paling terbuka dan paling menyakitkan. Pada 2020, Mina mendedahkan dia dibuli bertahun-tahun oleh ketua kumpulan AOA, Jimin, sehingga menyebabkan trauma dan masalah kesihatan mental.

Isu itu jadi besar apabila Jimin cuba meminta maaf tetapi Mina mengatakan permohonan itu tidak ikhlas. Selepas itu, Jimin keluar daripada kumpulan dan dunia hiburan.

Sampai sekarang, mereka masih berseteru.

HYUNA vs CUBE ENTERTAINMENT
Walaupun bukan pergaduhan dengan artis lain, pergeseran HyunA dengan agensinya, Cube pada 2018 adalah antara yang paling tegang dalam industri.

HyunA dan pasangannya E’Dawn (kini Dawn) disingkir daripada pengurusan tersebut selepas mereka dedahkan hubungan cinta yang disembunyikan bertahun-tahun.

Cube mendakwa mereka melanggar kontrak, manakala HyunA membalas dengan bukti syarikat itu sendiri yang menipu media. Hubungan itu masih dingin hingga kini.

T-ARA vs HWAYOUNG

Pada 2012, Hwayoung didakwa dibuli ahli T-ara selepas satu ciapan tular. Netizen mula mengecam T-ara, menyebabkan kumpulan itu menjadi antara idols yang paling dibenci pada tahun tersebut.

Beberapa tahun kemudian, bekas staf dan penari latar kumpulan itu mendedahkan, dakwaan yang tular itu palsu dan sebenarnya Hwayoung dan kembarnya, Hyoyoung yang sebenarnya bersikap kasar. Namun, walaupun kebenaran ibarat terdedah, hubungan kedua-dua pihak kekal tegang.

NAM JOO HYUK vs MODEL YG KPLUS

Isu bermula pada 2022 apabila seorang bekas rakan sekolah mendakwa pelakon, Nam Joo Hyuk pernah membulinya. Tuduhan itu dinafikan oleh agensi dan beberapa guru, tetapi seorang model di bawah YG KPlus turut mendakwa Joo Hyuk tidak profesional dan panas baran ketika mereka bekerjasama.

Walaupun agensi mengambil tindakan undang-undang dan beberapa tuduhan terbukti palsu, hubungan antara Joo Hyuk dan individu yang terlibat masih belum selesai. Nama mereka tidak lagi disebut secara langsung dan kontroversi itu menjatuhkan nama pelakon itu.

TVXQ vs JYJ

Pergaduhan paling epik dalam sejarah K-pop bermula pada 2009 apabila tiga ahli TVXQ, Jaejoong, Yoochun dan Junsu memfailkan saman terhadap SM Entertainment kerana tempoh kontrak terlalu panjang.

Keputusan itu memecahkan TVXQ kepada dua, dengan Yunho dan Changmin meneruskan nama kumpulan, manakala trio itu bergerak sebagai JYJ.

Hubungan antara kedua-dua pihak dikatakan renggang sehingga hari ini.Bukan itu sahaja, kelompok peminat pun masih berpecah kepada dua kem. Walaupun mereka pernah menyatakan tiada dendam, realitinya hubungan itu masih dingin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN