ALOR SETAR: Seorang lelaki rakyat Thailand ditahan bersama 331 kilogram (kg) syabu bernilai hampir RM11 juta yang turut dirampas dalam operasi di hutan Durian Burung dekat Padang Terap berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, Selasa lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 37 tahun itu disyaki bertindak sebagai pembawa bersama lapan lagi suspek yang sempat melarikan diri ketika Operasi Serkap kira-kira pukul 4.30 pagi itu. Tambahnya, suspek ketika disiasat…










