Lelaki didakwa cabul gadis di PPS disambung reman

Lelaki didakwa cabul gadis di PPS disambung reman

SUSPEK (depan) diiringi anggota polis semasa hadir ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Bachok, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK:  Tempoh tahanan reman ke atas seorang lelaki yang disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun semasa berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS)  di daerah ini, disambung tiga hari lagi sehingga Rabu ini.

Perintah sambungan reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli, hari ini.

Terdahulu, lelaki itu ditahan reman lima hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum itu, suspek tiba di pekarangan mahkamah di sini dengan menaiki trak dan memakai baju lokap berwarna ungu sambil diiringi oleh pihak polis pada pukul 9 pagi.

Utusan Malaysian pada 29 November lalu melaporkan, seorang lelaki dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang remaja perempuan semasa mereka berlindung di sebuah PPS di daerah ini.

Kejadian pukul 11 pagi itu melibatkan suspek berusia 21 tahun sementara mangsa 16 tahun.

Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual-bual semasa berada di PPS.

Katanya, kejadian itu diketahui selepas remaja berkenaan memaklumkan perkara kepada ibunya.

 Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan suspek reman selama lima hari untuk membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN