KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai sebarang perrancangan untuk menaik taraf Laluan FT2 Lebuhraya Persekutuan walaupun laluan itu merekodkan tahap kesesakan tertinggi berdasarkan bacaan trafik 2024. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan menaik taraf FT2 sepanjang 34.59 kilometer dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dianggap tidak lagi ekonomik kerana kos pengambilan balik tanah dan aset yang tinggi serta potensi kesan sosial sekiranya dilaksanakan. “Berdasarkan bacaan trafik 2024,…










